Dalil

Dalil 

1). DIA-lah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata   ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula". (al_Mulk, ayat 15)  

 2). " Katakanlah: Kembaralah kamu di atas muka bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan  suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu." (Surah Al-Ankabut: ayat 20)

3)."Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada". (Surah Al-Hajj, ayat 46) 


4).“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-An'am, ayat 11)

No comments:

Post a Comment