Monday, April 18, 2016

IKHTIAR HIDUP


 

 SURVIVAL
 Apa dia SURVIVAL? Ha... survival merupakan seni dalam mempertahankan hidup / nyawa atau lari dari keadaan yang sukar tanpa adanya fasiliti yang mencukupi. Walaupun sudah banyak alatan yang canggih dicipta, tetapi kita tidak boleh bergantung dengannya 100% dalam semua keadaan. Ruangan ini akan membantu anda untuk melakukan kerja secara manual!

Terbahagi pada dua, 
1). Ikhtiar hidup yang minima, 
      bergantung pada keadaan yg dialami.  Jika sesuatu perjalanan itu tidak mempunyai 
      banyak  halangan maka  konsep ikhtiar hidup itu boleh terjadi dengan kadar min sahaja.
      contohnya,  segala kelengkapan yang di bawa tidak mengalami kerosakan, Ianya 
      boleh digunapakai dengan semaksima yang boleh. keadaan begini sudah tentukan
       menyeronokan.

2). ikhtiar hidup yang maxima.keadaan kedua ialah sekiranya barang2 dan kelengkapan2 
     yang dibawa rosak dan ada yang terkandas disebabkan, keadaan seperti
    a).   Terkena Banjir
    b).   Terhalang oleh Ribut 
    c).   Pokok yang terbalik dan menghalang perjalanan ke sesuatu tempat yang dituju.
    d).   Jalan Utama rosak teruk
    e).    Ombak besar-
     f).    Cuaca Ekstream, sejuk dan panas melampau.


Karektor Yang Harus Ada Sebelum Mempraktikkan Tekinik Survival
Sebagai Penentu - Anda harus bertindak sebagai penentu masa hadapan anda. Apa yang anda inginkan dimasa hadapan, maka usahalah sekarang. Sifat ini harus ada dalam diri, kerana contohnya jika anda terperangkap dalam sesuatu masalah, terpulanglah bagaimana, bila dan apa yang perlu dibuat untuk melepaskan diri dari masalah tersebut. Kita memang akur bahawa Tuhan sebagai penentu tetapi kita harus berusaha, jangan mengalah terlalu awal!
Disiplin Diri - Disiplin diri yang tinggi adalah perlu untuk mendapatkan kualiti survival yang tinggi. Kerana disiplin diri dapat menjadikan seseorang itu mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya, membuat kerja tanpa bertangguh, membolehkan seseorang itu dapat menyiapkan kerja dengan lengkap dan baik serta menjadikan mereka kemas dan bersih.
Mampu Diri - Jika anda sudah biasa dengan hidup selesa dirumah, makan makanan cepat siap serta mewah dengan alat hiburan dirumah, tiba-tiba disuatu anda terpaksa merangkak keluar daripada rangka kapalterbang terhempas yang anda naiki dan anda terpaksa tinggal didalam hutan pergunungan yang gelap, adakah anda hanya akan berkata "apa yang harus aku buat" atau "malang sungguh nasib aku" ? Jika anda mempunyai sifat mampu diri, mungkin anda akan berusaha untuk menselesakan diri anda serta berikhtiar untuk mendapatkan bantuan. Anda seharusnya tidak hanya bergantung kepada cara kehidupan biasa anda.
Biasa Dengan Kehidupan Di Luar - Membiasakan diri dengan kehidupan diluar merupakan foundation ataupun asas dalam mempraktikkan skil-skil dan teknik survival. Kerana kehidupan diluar akan mengenemukan anda dengan kehidupan survival yang sebenar.
Keyakinan Diri - Yakin dalam teknik survival menjamin anda untuk terus hidup dan selamat bagi jangka masa yang panjang. Bagaimanapun dua musuh utama untuk mencapai teknik survival yang berjaya ialah perasaan takut dan panik. Ramai orang yang tidak dapat mempertahankan dan meneruskan hidupnya disebabkan oleh kesilapan dalam membuat keputusan, dan menjadikannya panik seterusnya mati dalam kesejukkan, panas, binatang buas atau risiko yang lain.
Sifat Kepimpinan Yang Baik - Untuk menjadi pemimpin yang baik tidak semestinya mempunyai pangkat atau lencana kepandaian penuh terlekat di lengan bajunya, tetapi ia boleh dilakukan oleh semua. Memimpin bukan hanya boleh dilakukan dalam sebuah kumpulan, tetapi ia juga boleh dilakukan dalam memimpin diri sendiri. Kerana dengan adanya sifat kepimpinan, mudah untuk menentukan arah hala tuju anda.
Ketahanan Fizikal dan Mental - Ia mampu membantu dalam segala situasi survival. Tidak ada bukti yang nyata bahawa badan yang tegap dan besar sahaja yang mempunyai daya ketahanan fizikal dan perempuan merupakan makhluk yang paling lemah. Semuanya ini boleh dilatih dan diperkembangkan dengan melatih diri dengan latihan-latihan yang melibatkan fizikal dan mental. Walaupun fizikal kuat, tetapi mental yang lemah mampu mempengaruhi fizikalnya untuk lambat dan malas untuk bertindak.


MASALAH MENTAL DALAM SURVIVAL
Masalah mental sering mengganggu anda lebih-lebih lagi apabila anda berhadapan dengan masalah dan keadaan yang baru dalam hidup anda. Antara masalah-masalah tersebut ialah:
Tidak Mengetahui -
Jika anda berada dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu perkara boleh menjadikan anda cepat risau dan takut. Contohnya seorang pendaki yang mana aku ha?sudah berpengalaman sudahtahu akan keadaan diatas gunung tersebut dan selalu bersedia untuk menghadapinya. Apabila seseorang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai gunung tersebut, mungkin seseorang itu akan takut apabila kabus tebal melitupi gunung tersebut ataupun apabila angin bertiup kencang. Ingatkah anda dengan zaman mula-mula anda bersekolah? Semua yang berlaku disekitar anda adalah baru dan anda takut untuk menghadapinya. Jika anda mengalaminya, anda perlu bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan mulakan berfikir dan merancang. Lama kelamaan sesuatu perkara yang baru itu akan menjadi kebiasaan anda. Ingatlah! Bahawa juga adalah baru sebelum anda menetap di tempat tinggal anda sekarang, dan sebelum itu anda masih belum mengetahui apa-apa mengenai tempat anda itu tetapi mula mengenal dan belajar secara perlahan-lahan hinggalah anda berasa seperti sekarang.
Tidak Selesa -
Masalah ketidak selesaan semasa mengadakan aktiviti luar sering menghantui mereka yang biasa tidur diatas katil yang lembut, menggunakan pengangkutan yang selesa dan pantas dan pelbagai lagi kemudahan yang menjadikan kemampuan manusia untuk berusaha sendiri berkurangan. Tambahan pula ramai yang amat risau dengan keadaan yang sejuk ataupun panas, basah, lapar dan pelbagai lagi. Sebenarnya, seseorang pengembara yang baik pandai untuk mencari jalan menyelesakan keadaannya. Anda memerlukan sedikit latihan dan mencuba untuk mengatasi masalah-masalah ketidak selesaan ini dan harus ingat bahawa walaupun sesuatu perkara itu tidak selesa tetapi anda akan mendapat pulangan dari segi pengalaman dan kepuasan.
Kelemahan Sendiri -
Kelemahan yang terdapat pada diri akan menjadikan kita berasa rendah diri dan takut untuk mencuba seterusnya akan bergantung kepada orang lain. Sebenarnya semua orang mempunyai kepandaian dan bakat yang tersendiri. Ia terpulanglah kepada anda untuk mencungkilnya. Cuba anda fikirkan baik-baik, sudah pasti ada keistimewaan anda yang tidak terdapat pada diri orang lain. Ingat! Bahawa seorang yang pakar gemar untuk menunjukkan kepakarannya kepada orang lain.
Keadaan Dan Cuaca -
Keadaan dan cuaca yang berlainan dari tempat biasa kita boleh menganggu mental anda. Sekiranya anda sudah biasa dengan keadaan cuaca yang sederhana panas, mungkin anda akan terasa sengsara apabila berada di kawasan ais artik. Tetapi tidak terfikirkah anda tentang orang Eskimo yang menetap disana? Mereka amat selesa dengan keadaan yang amat sejuk tersebut. Mungkin mereka pula akan terasa tidak selesa bila berada ditempat seperti kita. Sebenarnya apa yang diperlukan oleh mental kita ialah dengan mengubah sedikit tanggapan kita terhadap keadaan di persekitaran.
Kesunyian -
Mmmm... bab kesunyian ni memang sukar untuk dijangkakan. Kerana semua orang tidak mahu hidup kesunyian, namun ada masanya kita terpaksa hidup bersendirian. Didalam keadaan yang cemas ataupun terperangkap dengan masalah, rakan amat diperlukan. Namun, jika kita berada dalam keadaan seorang diri, sepatutnya kita lebih mudah untuk mencapai dan membuat segala keputusan dengan lebih baik. Jangan jadikan perasaan bersendirian itu menjadikan kita terlalu kecil dan tidak mampu untuk melakukannya sendiri.
Walau apapun yang mengganggu fikiran anda, apa yang penting ialah anda bertenang dan buatlah keputusan dengan bijak. Kerana mental yang kuat akan turut mempengaruhi kekuatan fizikal anda!
 Satu daripada elimen terpenting dalam ikhtiar hidup (survival) ialah yang terletak diantara dua telingan anda, iaitu otak. JANGAN PANIK, gunakan akal dan anda haruslah berlatih menggunakan 5 elimen asas sebelum anda terpaksa bergantung dengannya.
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.
Perlindungan bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya anda tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan anda ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba didalam badan.
ISYARAT menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.

MAKANAN/AIR berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Anda seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa anda akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat, gula-gula) didalam poket anda pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu. Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika anda tidak pasti. Anda boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan anda dengan menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.

PERTOLONGAN CEMAS bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan "hypothermia" (in english) dengan memanaskan badan anda dengan baju panas atau "space blanket".
Bla, Bla, Bla...


terima kasih untuk perkongsian ini tuan.jika anda mahu keterangan lebih lanjut sila lawati website dibawah ini.
dipetik dari , http://www.sabah.net.my/huzaimi/survival/survive.html
terima kasih untuk perkongsian ini tuan.

No comments:

Post a Comment