SURVIVAL
Apa dia SURVIVAL? Ha... survival
merupakan seni dalam mempertahankan hidup / nyawa atau lari dari
keadaan yang sukar tanpa adanya fasiliti yang mencukupi. Walaupun sudah
banyak alatan yang canggih dicipta, tetapi kita tidak boleh bergantung
dengannya 100% dalam semua keadaan. Ruangan ini akan membantu anda untuk
melakukan kerja secara manual!
Terbahagi pada dua,
1). Ikhtiar hidup yang minima,
bergantung pada keadaan yg dialami. Jika sesuatu perjalanan itu tidak mempunyai
banyak halangan maka konsep ikhtiar hidup itu boleh terjadi dengan kadar min sahaja.
contohnya, segala kelengkapan yang di bawa tidak mengalami kerosakan, Ianya
boleh digunapakai dengan semaksima yang boleh. keadaan begini sudah tentukan
menyeronokan.
2). ikhtiar hidup yang maxima.keadaan kedua ialah sekiranya barang2 dan kelengkapan2
yang dibawa rosak dan ada yang terkandas disebabkan, keadaan seperti
a). Terkena Banjir
b). Terhalang oleh Ribut
c). Pokok yang terbalik dan menghalang perjalanan ke sesuatu tempat yang dituju.
d). Jalan Utama rosak teruk
e). Ombak besar-
f). Cuaca Ekstream, sejuk dan panas melampau.
Karektor Yang Harus Ada Sebelum Mempraktikkan Tekinik Survival
Sebagai Penentu
- Anda harus bertindak sebagai penentu masa hadapan anda. Apa yang anda
inginkan dimasa hadapan, maka usahalah sekarang. Sifat ini harus ada
dalam diri, kerana contohnya jika anda terperangkap dalam sesuatu
masalah, terpulanglah bagaimana, bila dan apa yang perlu dibuat untuk
melepaskan diri dari masalah tersebut. Kita memang akur bahawa Tuhan
sebagai penentu tetapi kita harus berusaha, jangan mengalah terlalu
awal!
Disiplin Diri
- Disiplin diri yang tinggi adalah perlu untuk mendapatkan kualiti
survival yang tinggi. Kerana disiplin diri dapat menjadikan seseorang
itu mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya,
membuat kerja tanpa bertangguh, membolehkan seseorang itu dapat
menyiapkan kerja dengan lengkap dan baik serta menjadikan mereka kemas
dan bersih.
Mampu Diri -
Jika anda sudah biasa dengan hidup selesa dirumah, makan makanan cepat
siap serta mewah dengan alat hiburan dirumah, tiba-tiba disuatu anda
terpaksa merangkak keluar daripada rangka kapalterbang terhempas yang
anda naiki dan anda terpaksa tinggal didalam hutan pergunungan yang
gelap, adakah anda hanya akan berkata "apa yang harus aku buat" atau
"malang sungguh nasib aku" ? Jika anda mempunyai sifat mampu diri,
mungkin anda akan berusaha untuk menselesakan diri anda serta berikhtiar
untuk mendapatkan bantuan. Anda seharusnya tidak hanya bergantung
kepada cara kehidupan biasa anda.
Biasa Dengan Kehidupan Di Luar - Membiasakan diri dengan kehidupan diluar merupakan foundation
ataupun asas dalam mempraktikkan skil-skil dan teknik survival. Kerana
kehidupan diluar akan mengenemukan anda dengan kehidupan survival yang
sebenar.
Keyakinan Diri
- Yakin dalam teknik survival menjamin anda untuk terus hidup dan
selamat bagi jangka masa yang panjang. Bagaimanapun dua musuh utama
untuk mencapai teknik survival yang berjaya ialah perasaan takut dan panik.
Ramai orang yang tidak dapat mempertahankan dan meneruskan hidupnya
disebabkan oleh kesilapan dalam membuat keputusan, dan menjadikannya
panik seterusnya mati dalam kesejukkan, panas, binatang buas atau risiko
yang lain.
Sifat Kepimpinan Yang Baik
- Untuk menjadi pemimpin yang baik tidak semestinya mempunyai pangkat
atau lencana kepandaian penuh terlekat di lengan bajunya, tetapi ia
boleh dilakukan oleh semua. Memimpin bukan hanya boleh dilakukan dalam
sebuah kumpulan, tetapi ia juga boleh dilakukan dalam memimpin diri
sendiri. Kerana dengan adanya sifat kepimpinan, mudah untuk menentukan
arah hala tuju anda.
Ketahanan Fizikal dan Mental
- Ia mampu membantu dalam segala situasi survival. Tidak ada bukti yang
nyata bahawa badan yang tegap dan besar sahaja yang mempunyai daya
ketahanan fizikal dan perempuan merupakan makhluk yang paling lemah.
Semuanya ini boleh dilatih dan diperkembangkan dengan melatih diri
dengan latihan-latihan yang melibatkan fizikal dan mental. Walaupun
fizikal kuat, tetapi mental yang lemah mampu mempengaruhi fizikalnya
untuk lambat dan malas untuk bertindak.
MASALAH MENTAL DALAM SURVIVAL
Masalah mental sering mengganggu
anda lebih-lebih lagi apabila anda berhadapan dengan masalah dan keadaan
yang baru dalam hidup anda. Antara masalah-masalah tersebut ialah:
Tidak Mengetahui -
Jika anda berada dalam keadaan tidak
mengetahui sesuatu perkara boleh menjadikan anda cepat risau dan takut.
Contohnya seorang pendaki yang sudah
berpengalaman sudahtahu akan keadaan diatas gunung tersebut dan selalu
bersedia untuk menghadapinya. Apabila seseorang yang tidak mengetahui
apa-apa mengenai gunung tersebut, mungkin seseorang itu akan takut
apabila kabus tebal melitupi gunung tersebut ataupun apabila angin
bertiup kencang. Ingatkah anda dengan zaman mula-mula anda bersekolah?
Semua yang berlaku disekitar anda adalah baru dan anda takut untuk
menghadapinya. Jika anda mengalaminya, anda perlu bertenang, tarik nafas
dalam-dalam dan mulakan berfikir dan merancang. Lama kelamaan sesuatu
perkara yang baru itu akan menjadi kebiasaan anda. Ingatlah! Bahawa juga
adalah baru sebelum anda menetap di tempat tinggal anda sekarang, dan
sebelum itu anda masih belum mengetahui apa-apa mengenai tempat anda itu
tetapi mula mengenal dan belajar secara perlahan-lahan hinggalah anda
berasa seperti sekarang.
Tidak Selesa -
Masalah ketidak selesaan semasa
mengadakan aktiviti luar sering menghantui mereka yang biasa tidur
diatas katil yang lembut, menggunakan pengangkutan yang selesa dan
pantas dan pelbagai lagi kemudahan yang menjadikan kemampuan manusia
untuk berusaha sendiri berkurangan. Tambahan pula ramai yang amat risau
dengan keadaan yang sejuk ataupun panas, basah, lapar dan pelbagai lagi.
Sebenarnya, seseorang pengembara yang baik pandai untuk mencari jalan
menyelesakan keadaannya. Anda memerlukan sedikit latihan dan mencuba
untuk mengatasi masalah-masalah ketidak selesaan ini dan harus ingat
bahawa walaupun sesuatu perkara itu tidak selesa tetapi anda akan
mendapat pulangan dari segi pengalaman dan kepuasan.
Kelemahan Sendiri -
Kelemahan yang terdapat pada diri akan
menjadikan kita berasa rendah diri dan takut untuk mencuba seterusnya
akan bergantung kepada orang lain. Sebenarnya semua orang mempunyai
kepandaian dan bakat yang tersendiri. Ia terpulanglah kepada anda untuk
mencungkilnya. Cuba anda fikirkan baik-baik, sudah pasti ada
keistimewaan anda yang tidak terdapat pada diri orang lain. Ingat!
Bahawa seorang yang pakar gemar untuk menunjukkan kepakarannya kepada
orang lain.
Keadaan Dan Cuaca -
Keadaan dan cuaca yang berlainan dari
tempat biasa kita boleh menganggu mental anda. Sekiranya anda sudah
biasa dengan keadaan cuaca yang sederhana panas, mungkin anda akan
terasa sengsara apabila berada di kawasan ais artik. Tetapi tidak
terfikirkah anda tentang orang Eskimo yang menetap disana? Mereka amat
selesa dengan keadaan yang amat sejuk tersebut. Mungkin mereka pula akan
terasa tidak selesa bila berada ditempat seperti kita. Sebenarnya apa
yang diperlukan oleh mental kita ialah dengan mengubah sedikit tanggapan
kita terhadap keadaan di persekitaran.
Kesunyian -
Mmmm... bab kesunyian ni memang sukar
untuk dijangkakan. Kerana semua orang tidak mahu hidup kesunyian, namun
ada masanya kita terpaksa hidup bersendirian. Didalam keadaan yang cemas
ataupun terperangkap dengan masalah, rakan amat diperlukan. Namun, jika
kita berada dalam keadaan seorang diri, sepatutnya kita lebih mudah
untuk mencapai dan membuat segala keputusan dengan lebih baik. Jangan
jadikan perasaan bersendirian itu menjadikan kita terlalu kecil dan
tidak mampu untuk melakukannya sendiri.
Walau apapun yang
mengganggu fikiran anda, apa yang penting ialah anda bertenang dan
buatlah keputusan dengan bijak. Kerana mental yang kuat akan turut
mempengaruhi kekuatan fizikal anda!
Satu daripada elimen terpenting dalam ikhtiar hidup (survival) ialah
yang terletak diantara dua telingan anda, iaitu otak. JANGAN PANIK,
gunakan akal dan anda haruslah berlatih menggunakan 5 elimen asas
sebelum anda terpaksa bergantung dengannya.
Api boleh
digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada
penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau
binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka
yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai
pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua
keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa
tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding
satu tompokan unggun api yang besar.
Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam dan
kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda
memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star
fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api,
cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba
dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan
dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan
dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.
Perlindungan
bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada pancaran
matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh
menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda.
Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk
keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya
lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan
yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang
tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan
sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.).
Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah
sekiranya anda tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan
tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri.
Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada
kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan anda ataupun
digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat
position) untuk memberi konsentrasi haba didalam badan.
ISYARAT
menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang
lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah,
bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga
tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam
kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan
persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda
terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar
Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk
menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat
unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk
menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas
untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau
pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna
permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang /
helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.
MAKANAN/AIR
berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan anda
bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk
hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh
hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan
tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin
(cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Anda seharusnya membawa
sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa anda akan memerlukan makanan
dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan
ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,
gula-gula) didalam poket anda pada setiap masa, untuk kegunaan ketika
perlu. Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh
memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut.
Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang
kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul
kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas
minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika anda tidak
pasti. Anda boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space
blanket" atau baju hujan anda dengan menadahkannya diatas permukaan
tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.
PERTOLONGAN CEMAS
bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan
asas untuk ikhtiar hidup.
JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan
serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP"
bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan
(rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah
tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA
RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala
keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical
checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia
bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan
alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan
peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu cara
menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang
difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang
dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya
bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan
"hypothermia" (in english)
dengan memanaskan badan anda dengan baju panas atau "space blanket".
Bla, Bla, Bla...
terima kasih untuk perkongsian ini tuan.jika anda mahu keterangan lebih lanjut sila lawati website dibawah ini.
dipetik dari , http://www.sabah.net.my/huzaimi/survival/survive.html
terima kasih untuk perkongsian ini tuan.