Friday, October 31, 2014

Nuffnang Ads

 

Barang2 keperluan & Tips mendaki Gunung Kinabalu Untuk mamfaat semua pendaki2

Sumber dari: http://nannoor.blogspot.com

Barang2 kelengkapan untuk mendaki Gunung Kinabalu 3hari 2 malam
**ini hanya untuk kegunaan semasa di gunung  & Kinabalu Park sahaja TIDAK termasuk untuk kegunaan berjalan2 di KK

WAJIB:
  1. Rucksack (at least 50L)
  2. Jacket (winter jacket sebaiknya)
  3. Gloves (water proof is the best)
  4. Socks (at least 2 pasang)
  5. Sleeping bag  (kalau tidur di Gunting Lagadan, Waras Hut; better bawak sendiri)
  6. Trackbottom ( at least 2 helai)
  7. T-shirt (at least 3 helai)
  8. Kasut sukan
  9. Selipar
  10. Baju hujan yang tebal dan tahan lasak
  11. Botol air dan air mineral (at least 2L) 
  12. Torchlite yang berfungsi baik
  13. Camera
  14. Extra battery camera
  15. Plastik baju kotor
  16. Energy foods (akan di elaborate di bawah)
  17. Basic medicine (akan di elaborate di bawah)
  18. Innerwares (disposable the better)
  19. Barang kelengkapan sendiri (toileteries, towel, pakaian solat etc) 
KALAU NAK boleh bawak:
  1. Mafla (untuk extra potection dari angin sejuk)
  2. I-pod/MP3 player
  3. Topi
  4. Sandal
  5. Thermal innerware
  6. Thermos (0.5L)
  7. Video camera
  8. Tupperware kecik untuk isi makanan
  9. Knee guard/ankle guard
Foods:
  1. Biskut kegemaran anda. Dicadangkan beli yang small pack senang nak sumbat dlm beg
  2. Kurma/Kismis/Prune (bagus untuk mengelakkan rasa mengantuk ketika mendaki ke summit)
  3. Coklat (untuk kunyah2 masa kat pitstop)
  4. Roti/bun
  5. Buah2an i.e: epal, pear, lai.
  6. Mineral water & 100plus
  7. Mee segera 
  8. Pisau kecik
  9. Milo 3in1, Nescafe instant
  10. Nestum instant
  11. Energy bar (i.e: Uncle Toby's, Nature Valley Granola Bars)
  12. Gula2
  13. Apa2 makanan yang menjadi kegemaran
Basic medicine:
  1. Your personal routine medicine 
  2. Panadol (Actifast or yg biasa)
  3. Ubat muntah (utk altitude sickness)
  4. Pain killer
  5. Ubat selsema
Tips Mendaki:
  1. Upah saja porter bawak naik-turun beg2 tu. Rate porter dari Mesilau ke Laban Rata rm10/kg. Dari Timpohon - Laban Rata rm9/kg (kalau x silap). Spare small bagpack untuk mendaki. 
  2. Pakai kasut yang sesuai. Kasut jogging kita tu sesuai sahaja untuk naik Gunung Kinabalu, namun pastikan tapak masih elok. Kalau nak beli, boleh consider "Adidas Kampung". Harga pun murah sangat. Boleh cari di kedai2 runcit biasa, tapi tidak dijual di hypermarket.
  3. Please lah bawak baju hujan yang tebal tu. Beli yang untuk motor punya lagi bagus. Percayalah.
  4. Bawak juga payung sekali ye.
  5. Jangan berhenti lama2. Sebab nanti bila badan dah cool-down, lebih seksa nak mulakan mendaki lepas tu.
  6.  Bawak sweater & gloves letak dalam bagpack kecik. Sebab bila dah tinggi, cuaca akan sejuk dan berkabus. So u need those.
  7. Kalau nak pakai tongkat, boleh sewa tongkat di Kinabalu park hq. (subjected to availability)
  8. Kalau korang kehujanan dah tak suka kasut basah, boleh bawak extra kasut sebab kat kasut memang tak sempat kering untuk mendaki. Tapi  kalau korang pakai kasut Adidas Kampong tu, gerenti takde masalah kasut basah, sebab boleh lap aje dgn kain/tisu and tadaaahh...kering. :D
  9. Pakaian untuk mendaki ke Laban Rata/GL  boleh pakai macam nak pegi jogging tu je. Kalau start dari Mesilau, kawasan situ memang sejuk sikit berbanding Timpohon. X perlu pakai tebal2 sangat, sebab nanti badan akan panas bila dah mendaki. 
  10. Kalau tidur di GL, bangun awal sikit dan turun ke Laban Rata untuk makan late supper sebelum mendaki. Sangat membantu for energy naik & turun dari puncak.
  11. Stay hydrated. Walaupun tak rasa haus (sebab cuaca sejuk) tapi kena pastikan minum air secukupnya.
  12. Sebelum tidur, makan panadol sebelum tidur. Dan kalau hidung anda sensitif (mudah berair) makan ubat selsema yang tak mengantuk siap2 masa mula mendaki dari bawah tu. Haritu, aku ambil sebiji ponstant lepas supper sebelum mendaki ke puncak. 
  13. Masa mendaki ke puncak tu, di dataran batu...situ kawasan yang paling mencabar mental dan fizikal sebab cuaca sejuk, angin kuat dan gelap. Jalan pulak pukul 3-4 pagi, memang mengantuk sangat. Maka, kena buat strategi berjalan, contohnya : jalan 30langkah, rehat 10 kiraan. Tapi kalau korang mampu untuk jalan terus tanpa rehat2, lagi bagus. 
  14.  Then aku suggest korang makan tidbids masa naik ke puncak tu. Aku makan gula2, muesli bar dan pisang masa dalam perjalanan tu.
Gulung.... masuk dalam plastik...

dan label mengikut hari :D
Tips Turun Gunung
  1. Kalau dapat pakai open sandal masa turun gunung, lebih bagus. Boleh elakkan ibu jari kaki sakit dan hitam/labam. Lebih teruk, tercabut. Sebabnya, bila pakai kasut bertutup, ibu jari kaki kita akan terhimpit dengan kasut maka memang sakit ye. Aku pun kena jugak kalini sbb turun pakai adidas kampong. 
  2. Turun secara zig zag. Dapat kurangkan tekanan kat kaki.
  3. Kena check-out dari GL/LR at 10am, last breakfast at 10.30am. Last lunch di Balsam Cafe, di Kinabalu Park HQ at 4.30pm. So kena bajet time betul2 masa turun.
  4. Sebelum mendaki naik ke puncak, siap2 kemas barang dan pack masuk dalam beg. Menyenangkan dan menjimatkan masa bila kita nak turun nanti.
Hmm...apa lagi ya...Kalau ada lagi nanti aku tambah ok. 
Ataupun kalau korang ada yang nak share sama2, amat dialu2kan.
Macam mana nak ke sana?
Sebenarnya ada ramai yang bertanya macamana nak ke Gunung Kinabalu ni. Kalau korang nak arrange sendiri, boleh call Sutera Sanctuary Lodges (SSL) 088 287 877 (click HERE for website) untuk tanya jika ada kekosongan penginapan di Kinabalu Park pada tarikh yang korang plan. Sebaik2nya korang plan 6months in advance kalau nak mendaki ke sana. Aku suggest, secure tempat dengan SSL dulu then baru beli tiket flight, tempah transport & penginapan di KK. 
Untuk transport, aku rekemen Syarikat Gunung Kinabalu ni. Aku memang suka dan puas hati dengan servis diorang. 
Contact person : David (the boss the father) 019 862 1726. 
David akan hantar anak2 lelaki dia untuk bawa van. Charles will be leading the van, and he is very cute and helpful. Macam haritu, on the way ke Kinabalu Park, dia dah call Kinabalu Park HQ siap2 untuk booking Jemin  as our mountain guide. 
Flight. MAS or AA?
Kalau korang plan awal2, boleh target beli tiket murah MAS ataupun AA. Macam aku haritu, kebetulan MAS tengah buat promo then bila compare dengan AA, MAS lebih murah. So terus beli. Kitorang mmg lebih prefer naik MAS sbb lebih convenient in terms of luggage handling, waiting time and area and of coz, tak payah nak pikir nak beli food. he he. 
Untuk flight balik, aku suggest beli tiket the next day selepas turun gunung. Jangan beli tiket balik on the same day turun dari gunung. Chances you will miss the flight is high. So allocate some budget to overnight in KK. 

No comments:

Post a Comment