Wednesday, October 15, 2014

Indah Sungguh Suasana Gunung kinabalu

http://tintasari.files.wordpress.com/2012/05/gunung-dari-aras-laut.jpg

 Gunung Kinabalu adalah setinggi 13,455 kaki (4,905.2 meter) dari paras laut. Ianya merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Sebelum membuat pendakian, peserta terlebih dahulu mesti membuat tempahan dengan pengurusan KINABALU PARK. Kebiasaannya tempahan hendaklah dibuat dalam masa 4 bulan hingga ke 5 bulan sebelum tarikh pendakian. Pendaki boleh memilih pakej yang ditawarkan oleh KINABALU PARK dengan anggaran belanja diantara RM600.00 hingga RM750.00. Pakej termasuk pengangkutan, penginapan, makan dan minum sepanjang tempoh pendakian.

 Penyakit Perubahan Altitude
Gunung Kinabalu di kategorikan sebagai gunung beraltitude tinggi(12,000 – 18,000 feet [3,658 – 5,487 meters) , jadi risiko anda mendapat altitude sickness atau acute mountain sickness (AMS) sentiasa ada. Laban Rata adalah tempat di mana anda akan berehat untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Low Peak pada ketinggian(8,000 – 12,000 feet [2,438 - 3,658 meters]) bagi membiasakan diri dengan tekanan tanah tinggi. Anda perlu berhati dengan perubahan pada diri anda, kerana bukan semua orang akan mendapat kesan yang sama.Bagi anda yang belum pernah berada di kedudukan altitude tinggi eloklah waspada.
Pada peringkat ketinggian 10,000 feet (3,048 meters), 75% daripada kita akan menerima kesan AMS yang sederhana (Laban Rata, 3,270 meters/10,728 feet). Kesan ringan AMS seperti sakit kepala,pening, tak mampu bernafas,tiada selera makan,susah tidur,rasa nak muntah,rasa khayal.Kesan AMS lebih dirasai pada sebelah malam.Jika anda mengalami gejala di atas, eloklah mengambil penadol/paracetamol atau ubat tahan sakit.Kebiasaannya kesan AMS ini dapat di atasi dengan memakan penadol.Tetapi jika kesan AMS ini masih ada setelah memakan ubatan di atas, elok lah anda tidak meneruskan perjalanan
Panduan Bagi Mencegah AMS:
Jika anda merasakan terkena kesan AMS, eloklah berhenti mendaki sehingga kesan tersebut sabil atau hilang
Selalu ingat, kesan AMS tak sama pada semua orang.Ada yang teruk ada yang biasa sahaja.
Banyakkan minum air kosong. Pendaki akan kehilangan banyak air semasa mendaki (sekurang2nya 3-4 quarts sehari). Warna urine sepatutnya cerah.
Adakan aktiviti ringan pada altitude ini, elakkan daripada banyak tidur. Kerana tidur akan mempercepatkan seseorang terkena AMS.
Elakkan merokok atau pengambilan dadah serta ubat tidur.
Makan banyak karbohidrat (nasi,roti)
Jika gejala AMS masih terasa eloklah turun ke bawah.
Dibawah ini di senaraikan ubat-ubatan yang perlu anda bawa:
Kotak Kecemasan Peribadi
Ubatan tahan sakit (paracetamol/PANADOL mencukupi. Ubatan tahan sakit yang kuat tidak digalakkan kerana ia memberi kesan sampingan kepada penyakit perubahan altitude.
Ubatan merawat kulit melecur.
Penahan loya/muntah.
Anti- alahan(histamines).
Penahan cirit-birit(Imodium or other anti-Diarrhea tablets )
Plasters luka.
Krim penahan matahari untuk kulit dan bibir.
Penyokong lutut.
Paket garam rehidrat (oral rehydration salts).Ubatan pelindung serangga DEET.

No comments:

Post a Comment